Friday, February 24, 2012

Kebenaran selalu tewas berbanding Pendebat yang Hebat



Kebenaran selalu tewas berbanding Pendebat yang Hebat.

Pendebat pertama, dengan lantangnya dia berbicara, kata yang keluar dari bibirnya seakan air sungai yang mengalir. Amboi, segaknya dia dengan dompetnya yang tebal. Bukan itu sahaja, dia pandai membuatkan ramai yang tersenyum dan ketawa. Dia punya persona diri yang tinggi. Berkerumunlah manusia mendengar hujah si 'Pendebat Hebat'.

Pendebat kedua, mulutnya bagai berisi mutiara, seorang yang miskin. Kadang-kadang pertuturannya tidak lancar. Dia nampak sombong.

Hakikat Si Pendebat Hebat, ilmu kontang tapi hujahnya... wah, pung pang pung pang! hujah yang dibina daripada fitnah, penyembunyian hakikat, penyembunyian hak, penyembunyian bukti dan fakta yang diputar-belit dan dimanipulasi. Dia beli kepercayaan dengan duit, keyakinan, pengaruh, persona dan gurau-sendanya. Tahukah orang yang dia pakai topeng? Dia tegakkan kebatilan dengan matlamat songsang, berpaksi kepada keuntungan dan kepentingan diri dan sekutunya.

Hakikat kebenaran, dibunuh oleh duit, pangkat, dan diracun oleh si pendebat durjana. Kebenaran boleh dibeli dengan duit dan disorok jauh dalam pasak bumi; dan hak si miskin terus tidak terbela.  Bukan senang, kebenaran untuk didirikan, kadangkala bukan si pendebat kedua salah, tapi belum cukup ilham untuk berhujah hebat. Kesempatan itu digunakan si Pendebat Hebat untuk menikam lawannya habis-habisan. Adat pertarungan, yang menang mendapat sanjungan dan yang kalah dipandang benci. Hakikatnya, pengaruh dan persona banyak memainkan peranan dalam pertarungan.

Penonton dalam pertarungan. Masyarakat. Orang Ramai. Terus dihujani dengan kepalsuan dalam dunia penuh fitnah. Bertindak untuk mempercayai yang disukai, bukan mempercayai yang hakikat. Bagaimana ingin percaya pada hakikat kalau disorok? Jika pendebat tidak bergaul cukup mesra dengan masyarakat, terus dicop sebagai yang salah.

Kadangkala, sombong bukan hakikatnya; hanya mulut tak mahu berkata dusta, melempar fitnah, mengutuk yang lain, cukuplah berkata apa yang penting.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive